Sunday, March 9, 2014







PENGETUA

 

TEH SENG CHAI




SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini didirikan pada tahun 1960 oleh kerajaan British Borneo Utara . Pada mulanya dikenali sebagai Goverment Secondary School (GSS) Kudat. Merupakan sekolah tertua di daerah kudat. Pada awalnya sekolah ini menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.                  
                  Kemerdekaan Sabah melalui Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 telah membawa perubahan . Selaras dengan perubahan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menyebabkan sekolah ini mula menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di samping penggunaan Bahasa Inggeris. Nama sekolah turut diubah dengan menggunakan nama  Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat. Pada 1972 ditukar balik kepada SMK Abdul Rahim.
                    Pertambahan pesat bilangan pelajar menyebabkan sekolah asal tidak dapat menampung keperluan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Hal ini menyebabkan kerajaan telah membina sebuah kompleks yang baru untuk sekolah ini pada tahun 1979 di tapak yang ada sekarang. Pembinaan ini selesai pada tahun 1983 dan mula digunakan pada tahun 1984. Bangunan asal yang ditinggalkan terus menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Kudat sehingga sekarang. Sekarang dikenali sebagai SMK Kudat


VISI

---------------------------------------------------------
SEKOLAH BERKESAN

DAN

 TEKAL UNGGUL DI DAERAH KUDATE

---------------------------------------------------------------------------------------

MISI 


Memberi perkhidmatan pendidikan berkualiti kepada warga sekolah melalui penggembelengan segala sumber secara kolektif dan efektif untuk melahirkan modal insan cemerlang


OBJEKTIF


  • Mengamalkan sahsiah, akhlak dan disiplin yang terbaik di kalangan warga sekolah.
  • Membudayakan ilmu sebagai pembelajaran sepanjang hayat.
  • Mewujudkan budaya saing dalam penguasaan ilmu teknologi dan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
  •   



PIAGAM PELANGGAN


  • Memastikan setiap pelajar yang dihasilkan mempunyai daya saing dan pencapaian kebolehan tahap antarabangsa.
  • Memastikan semua pelajar sekolah ini mendapat pendidikan yang sempurna selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
  •  



LENCANA SEKOLAH



PENGERTIAN WARNA DAN LAMBANG SEKOLAH
1. KUNING - BERHATI JUJUR, BERSIH DAN AMANAH.
2. MERAH - BERANI MENGHADAPI SEBARANG CABARAN.
3. BIRU - TENANG MENGHADAPI SEGALA CABARAN.
4. HITAM - MEMPUNYAI HATI YANG CEKAL.
5. PUTIH - MASA DEPAN YANG CERAH.
6. BUKU - BERSEDIA BELAJAR PADA BILA-BILA MASA
7. TOPI - BERCITA-CITA TINGGI.
8. OBOR - BERSEMANGAT UNTUK BERJAYA DALAM PELAJARAN.
9. TANGAN - BERHARAP DAN BERDOA SUPAYA MELAHIRKAN RAKYAT YANG BERPELAJARAN DAN BERDISIPLIN.
10. MOTTO - MEMBAWA MAKNA PELAJAR YANG DIHASILKAN OLEH SEKOLAH INI ADALAH RAKYAT YANG BERPELAJARAN, BERSOPAN SANTUN DAN BERSEDIA BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.





LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat 
SMK yang ku cintai
Berusaha berdisiplin berbakti 
menjadi pegangan kami

0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com