Tuesday, May 6, 2014

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1.     Pertandingan terbuka kepada :
Kategori murid sekolah rendah ( 7 – 12 Tahun)
Kategori murid sekolah menengah (13 – 17 Tahun)
Kategori Guru  
Kategori Terbuka

2.     Panjang Esei  :
Kategori murid sekolah rendah : 150 patah perkataan
Kategori murid sekolah menengah : 400 patah perkataan
Kategori Guru  : 800 patah perkataan
Kategori Terbuka : 800 patah perkataan

3.     Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung bawah sebelah kanan esei.

4.     Esei adalah karya asal menggunakan Bahasa Malaysia dan tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.

5.     Tajuk Esei:

“Profesion Perguruan  Kerjaya  Mulia”

6.     Format esei :

Ditaip atas kertas A4 menggunakan perisian Office Word.
Jenis aksara : Arial
Saiz aksara : 12 pt.
Langkauan baris : 1.5

7.       Maklumat penyertaan hendaklah dilengkapkan pada Borang Penyertaan yang sediakan dengan menyertakan salinan kad pengenalan/sijil lahir yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua/Ketua Jabatan.

8.       Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan peraduan tidak akan dilayan.

9.       Keputusan akan diumumkan di laman sesawang Kementerian Pendidikan  
          Malaysia (www.moe.gov.my), melalui emel dan telefon.

10.    Hadiah disediakan untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta lima (5) sagu hati mengikut kategori yang dipertandingkan serta sijil penghargaan.

11.    Esei adalah hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia dan urus setia berhak  untuk menggunakannya, menyunting dan menyiarkan dalam mana-mana penerbitan.

12.    Pegawai dan petugas yang terlibat sebagai urus setia pertandingan menulis esei Hari Guru 2014  tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

13.    Urus setia berhak untuk meminda syarat-syarat pertandingan tanpa  memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.

14.    Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak urus  setia tidak akan bertanggungjawab terhadap kiriman yang tidak sampai atau rosak dalam perjalanan

15.    Semua pertanyaan boleh menghubungi urus setia pertandingan (Pn. Norita binti Hamzah di talian 03-88846504/03-88846489 atau emel : norita.hamzah@moe.gov.my.

16.    Semua penyertaan hendaklah sampai kepada urus setia pada atau  sebelum 15 Mei 2014. Penghantaran boleh dilakukan melalui emel kepada urusetiapertandinganesei.kpm@gmail.com, melalui pos atau menghantar sendiri kepada:


Pejabat Menteri Pendidikan II
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 18, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

(u.p. Urus Setia Pertandingan Menulis Esei Hari Guru 2014)
 

Muat turun
Borang Pertandingan Esei Hari Guru 2014

Sunday, May 4, 2014













Rayuan semakan semula keputusan Muet Sesi Mac 2014. Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, calon juga boleh membuat semakan semula keputusan MUET tersebut. Semakan semula kertas MUET hanya terbuka kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET pada sesi Mac 2014.

Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan Muet Sesi Mac 2014
Nota: Sila lengkapkan borang dan ikut arahan yang tersedia dalam borang tersebut.
Yuran Dikenakan
RM70. Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia jika permohonan dibuat melalui pos.
Permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia,
Persiaran 1, Bandar Baru
Selayang, 68100 BATU CAVES, Selangor Darul Ehsan
Tempoh Hantar Borang Rayuan Semakan Semula Muet Mac 2014
5 Mei 2014 sehingga 16 Mei 2014
Semakan Status Permohonan Semakan Semula Keputusan MUET


Sumber: 



Program Biasiswa Pengajian Siswazah di bawah Pembangunan Antarabangsa Projek Pengajian Siswazah
Universiti Walailak menawarkan 10 biasiswa kepada pelajar-pelajar antarabangsa (bukan kewarganegaraan thai) untuk sesi pembelajaran di WU, dalam bentuk tuisyen dan pengecualian yuran asrama. Bagi pemohon yang berjaya, perlu menanggung pengangkutan terbang mereka sendiri bagi pengangkutan pergi dan balik. Tempoh biasiswa adalah 2 tahun bagi ijazah sarjana dan 3 tahun bagi ijazah doktor falsafah. Program biasiswa ijazah ini memberi penekanan kepada penyelidikan tesis. Walau bagaimanapun, mod kerja kursus (coursework) diperlukan dalam beberapa program.
Pemohon yang berjaya akan ditugaskan sebagai pembantu pengajar, atau pembantu penyelidikan, atau kerja-kerja lain yang khusus di bawah persetujuan Penasihat Akademik.
Pemohon yang cemerlang yang mempunyai GPA Sarjana Muda / Sarjana sebanyak 3.5 atau mengekalkan pencapaian pengajian dengan GPA 3.50 selepas pendaftaran di universiti dan / atau melaksanakan tugasan yang memuaskan akan diberikan elaun bulanan sebanyak 2,000 THB untuk masa yang akan dinyatakan berdasarkan tempoh pengajian.
Senarai Bidang yang ditawarkan 
Maklumat Lanjut
Walailak University
Maklumat Am:
Borang Permohonan:
Borang Pengesahan Kesihatan:
Borang laporan Kajian dan Kemajuan Prestasi:



Sebarang maklumat berkaitan boleh didapati di pautan tersebut





Alamat dan Sebarang Pertanyaan untuk dihubungi
School of Agricultural Technology
Walailak University
222 Thaiburi, Tha Sala District
Nakhon Si Thammarat 80161
THAILAND

Tel: +66 7567 2301-3
Fax: +66 7567 2302      
 ** Borang permohonan yang lengkap perlu email ke maklumat seperti di atas.Sesalinan permohonan juga disalinkan kepada bahagian berkenaan dalam bentuk hard copy atau soft copy melalui emel (bb.international@moe.gov.my) dan (bha@moe.gov.my) untuk tujuan rekod.

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com