Monday, June 23, 2014


Saya kongsikan contoh soalan instrumen bagi PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang akan mula digunapakai pada tahun 2014. 

Terdiri daripada 15 subjek, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, KHB dan subjek bahasa lain.


Boleh download contoh soalan dengan klik link di bawah

CONTOH SOALAN INSTRUMEN PT3
4shared

[9.9mb]


Secara ringkasnya, boleh dikatakan ada perubahan pada bentuk format soalan pada tahun ini untuk subjek yang masih mengekalkan Ujian Bertulis.

Soalan banyak menerapkan konsep KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), dengan style soalan panjang-panjang dan mengaitkan dengan kehidupan seharian. Pelajar perlu, memahami pernyataan, menganalisa dan kemudian baru memberikan jawapan yang sesuai.

Jawapan boleh jadi lebih daripada satu, tetapi perlu disokong dengan alasan yang munasabah dan bersesuaian dengan maklumat yang diberi dalam soalan.

InshaAllah, ada kesempatan saya akan cuba kongsikan petua dan tips menjawab soalan berbentuk seperti ini. Guru-guru yang ada tips juga boleh kongsikan tips dan petua anda di bawah. Nanti saya compile kan dalam satu entri khas. Kalau ada bahan nak dishare, boleh emel ke miecaprio@yahoo.com . Terima kasih!


Untuk pelajar, Selamat Maju Jaya!

0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com