Sunday, April 27, 2014

Semakan keputusan Jururawat USM sesi akademik 2014/ 2015 online. Calon lepasan SPM yang berjaya terpilih perlu lulus temuduga sebelum mengikuti program diploma kejururawatan secara sepeuh masa di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus kesihatan, kubang kerian, kelantan bagi kemasukan September 2014. Berikut adalah maklumat penting mengenai semakan temuduga dan keputusan jururawat USM ambilan September 2014.


Semakan Panggilan Temuduga Jururawat USM 2014/ 2015
Dijangka akan diumumkan pada hujung bulan April 2014.
Sila semak di https://pohon.usm.my/ atau hubungi Talian Hotline USM04-653 3327

Semakan Keputusan Jururawat USM 2014/ 2015
Bulan Mei 2014

Nota Penting: Tarikh semakan akan dikemaskini dilaman ini dari masa ke semasa apabila applikasi semakan sudah dibuka.


Sumber:  








Thursday, April 24, 2014












Sukacita dimaklumkan keputusan calon jaya ke  Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 boleh disemak mulai 24 April 2014. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083/4036/4040 atau sila klik di pautan ini

Wednesday, April 23, 2014


Semakan keputusan tawaran form 6 (Tingkatan 6) bagi sesi akademik 2014/ 2015 secara online. 

Menerusi makluman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, semakan calon yang layak ke tingkatan 6 boleh disemak mulai 24 April 2014. 


Berikut adalah cara semakan kemasukan ke tingkatan 6 sesi akademik 2014/ 2015.

Cara Semakan Form 6 2014/ 2015 Secara Online

Nota: Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Permohonan Rayuan Form 6 Sesi 2014/ 2015 Online
Bagi calon yang gagal untuk melayakkan diri ke Tingkatan 6 Sesi 2014/2016, anda boleh mengemukakan rayuan di applikasi semakan yang sama.



Tuesday, April 22, 2014

Semakan keputusan kemasukan ke kolej Profesional MARA sesi Julai 2014. Menerusi makluman rasmi MARA, semakan ke KPM/ KKTM/ GMI/ UMK/ IKM boleh disemak mulai 22 April 2014. Berikut adalah cara semakan kemasukan ke Kolej Profesional MARA secara online.

Semakan Keputusan Kolej Profesional MARA Sesi Julai 2014

Rayuan Kolej Professional MARA Sesi Julai 2014
Rayuan melalui borang yang disediakan di dalam laman web dan faks ke nombor seperti dalam borang tersebut.

Tarikh Penting Semakan Keputusan Kolej MARA sesi Julai 2014
Tawaran 1 : Pada 22 April – 02 Mei 2014
Tawaran 2 : Pada 06 Mei – 19 Mei 2014
Tawaran 3 : Pada 20 Mei 2014 (Keputusan rayuan sahaja)


Sumber: melvister.com 

Sunday, April 20, 2014


Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke-57 berlandaskan kenegaraan serta berkonsepkan ‘Malaysia… di sini lahirnya sebuah cinta”. Hadiah utama berupa wang tunai  RM7,000 dan 10 hadiah saguhati wang tunai RM1,000. Sila layariwww.ipptar.gov.my atau www.kkmm.gov.my atau www.malaysiamerdeka.gov.my untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut, boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014.



Contoh  logo yang lepas-lepas


Tuesday, April 15, 2014



ACARA merentas desa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan KUDAT akan dijalankan pada:

Tarikh : 17 APRIL 2014 
Hari : Khamis
Masa : 7.30 pg

Para pelajar  SMK KUDAT yang terlibat di dalam acara ini telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu:

           a-rumah biru
           b-rumah merah
           c=rumah kuning
           d-rumah hijau

Objektif aktiviti ini di jalankan di kalangan pelajar-pelajar adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan bakat dan kebolehan di dalam acara sukan di samping mewujudkan semangat daya saing yang sihat sesama sendiri.

Untuk mengetahui pasukan mana yang menang, berramai-ramai lah kita pakat-pakat datang untuk menyaksikannya esok.


Sunday, April 13, 2014




Semakan panggilan temuduga biasiswa JPA 2014 lepasan SPM. Bagi calon yang telah mengemukakan permohonan biasiswa program khas kejuteraan di Jepun, Perancis, Korea dan Jerman sesi 2014, anda kini boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 10 April 2014 sehingga 17 April 2014.

Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA 2014 Lepasan SPM
Program Tajaan JPA 2014
  •     Program Kejuteraan Jerman
  •     Program Kejuteraan Perancis
  •     Program Kejuteraan Jepun
  •     Program Kejuteraan Korea
Tarikh Semakan Panggilan Temuduga JPA 2014
10 April 2014 Sehingga 17 April
Keputusan Temuduga Biasiswa JPA 2014
Dijangka akan diumumkan pada Mei 2014


Sumber: Semakan Panggilan Temuduga Biasiswa JPA 2014 Lepasan SPM | melvister.com 

Thursday, April 10, 2014


Permohonan akan dibuka seperti ketetapan di bawah :-

21- 27 April :  Zon 1 - Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan, Terengganu dan Pahang
28 - 04 Mei :  Zon 2 - Selangor, Johor, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan SBP
05 - 11 Mei :  Zon 3 - Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan

Sila pastikan murid tertanggung sedia ada tidak lagi dibuat permohonan baru dan belum menerima biasiswa BKP/BKPU.

Sehubungan itu, sekolah boleh mula menyemak nama murid yang layak di laman sesawang http://apb.moe.gov.mymulai 14 April 2014 hingga 20 April 2014.
Sekiranya nama murid yang layak memohon tidak dipaparkan, sila rujuk dengan guru APDM kelas berkenaan supaya mendaftarkan murid berkenaan di dalam APDM dan mengemaskini maklumat pendapatan ibubapa/penjaga

by: smk kudat

Tuesday, April 8, 2014


Tema rasmi Hari Guru 2014 adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Tema itu telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43. Untuk info, tarikh Hari Guru di Malaysia jatuh pada 16 Mei 2014. Sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai penghargaan terhadap jasa warga pendidik.

Maksud Definisi Tema Hari Guru 2014

Guru: Kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Pencetus: Merujuk kepada maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

Kreativiti: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan

Inovasi: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi penghasilan sesuatu produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik dan bermakna.


Sumber: Tema Hari Guru 2014 Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi | melvister.com 

Wednesday, April 2, 2014




Menu Permohonan On-Line Bagi Sesi (I) Tahun Akademik 2014/2015



Program Yang Ditawarkan-KLIK KAT SINI
*Paparan senarai program yang ditawarkan secara on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2014/2015. Program yang ditawarkan dikategorikan mengikut fakulti tertentu yang terdapat di IKN.


Borang Permohonan On-Line-KLIK KAT SINI
*Borang permohonan kemasukan on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2014/2015. Pemohon yang ingin mengikuti program yang ditawarkan boleh membuat permohonan secara on-line dengan mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan di laman ini.
*Tempoh permohonan adalah dari 13 Februari 2014 hingga 15 Mei 2014.


Semakan Keputusan Permohonan-KLIK KAT SINI
*Paparan status keputusan permohonan kemasukan program secara on-line bagi sesi (I) Tahun Akademik 2014/2015. Pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status keputusan permohonan dengan menggunakan nombor K/P dan nombor rujukan yang telah diberi.
*Bermula dari tarikh 23 Jun 2014, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan.
*Tarikh akhir untuk menerima atau menolak tawaran adalah 27 Jun 2014.
*
Tarikh temuduga dijangka dari 09 Jun 2014 hingga 12 Jun 2014.

SUMBER

Tuesday, April 1, 2014




Selepas keputusan SPM dikeluarkan, maka penentuan hala tuju pelajar akan mula dapat ditentukan. Banyak pilihan sambung belajar yang ada, termasuklah naik ke Tingkatan 6. 

Di sini, kami sediakan syarat kelayakan masuk Tingkatan 6 mengikut seperti panduan yang disediakan pada tahun 2013 sebagai rujukan. 

Jika ada perubahan, kami akan kemaskini entri ini dari masa ke semasa. Semoga berjaya!


Syarat Am
1) Lulus SPM - Kepujian BM
2) Umur 17 - 20 tahun (21 bagi calon mengulang) pada 1.1.2014


Syarat Khusus
1) Jurusan Sains






2) Jurusan Kemanusiaan




3) SMK Agama




Bagi membuat pengiraan dengan menukarkan gred kepada unit, boleh rujuk jadual di bawah. Tetapi ingat yer... Mata gred adalah bagi 3 subjek terbaik sahaja!



Walau apa pun pilihan anda, kami doakan anda berjaya. Ingat! Tiada jalan mudah bagi sesuatu kejayaan. Harus berusaha keras, bagi menggapai impian jika ini pilihan anda. Selamat maju jaya! ;)

credit to:
Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com