Monday, June 16, 2014

Borang permohonan guru Tabika/ Taska KEMAS sesi 2014 secara online. Program mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak di Tabika Kemas kini dibuka mulai 16 Jun 2014 sehingga 27 Jun 2014. Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan guru Tabika KEMAS bagi tahun 2014.


Syarat Kelayakan Guru Tabika/ Taska KEMAS 2014
  • Berumuar antara 21 – 35 TAHUN
  • Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini
  • Hanya calon yang telah menamatkan pengajian diperingkat diploma dan telah bergraduasi
    (a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);
  • (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Borang Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS 2014 Online
1, Sila Download borang permohonan tabika kemas dibawah dengan memuat turut ketiga-tiga muka surat dibawah:
(Nota: Borang perlulah dicetak dan butiran/ maklumat di isi dengan lengkap)
2. Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: Senarai Alamat Pejabat KEMAS Setiap Negeri
3. Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan
4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan
Lokasi Dan Tempoh Kursus Tabika KEMAS
Maklumat Asas : Kursus sepenuh masa
Tempat : INSTITUT / PUSAT LATIHAN KEMAS
Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
Keputusan Temuduga Guru Tabika Taska KEMAS 2015
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Tarikh Tutup Permohonan
27 Jun 2014


Sumber: 

2 comments:

  1. assalammualaikum nk tnya klu sekadar ada spm dn stpm je layak x memohon??

    ReplyDelete
  2. boleh rujuk kaunselor sekolah En.hafizi atau Pn rojanah...

    ReplyDelete

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com