Tuesday, July 22, 2014


Berita baik, bagi adik-adik yang ingin/tertunggu untuk membuat permohonan bagi







PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2015/2016 

anda boleh membuat permohonan anda sekarang melalui link seprti yang tertera di bawah 





Sebarang pertanyaan boleh melayari laman web dibawah

http://www.moe.gov.my/

Semoga anda berjaya dalam permohonan ini.

Maklumat lanjut sila muat turun perkara dibawah
Muat Turun
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2015/2016
SALINAN PERTAMA
SALINAN KEDUA
SALINAN KETIGA
IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI

Wednesday, July 16, 2014







Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/programbpg untuk proses sokongan secara dalam talian.  Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu meningkatkan kualiti dan kompetensi guru melalui CPD (continuous profesional development).


Mata Pelajaran yang ditawarkan adalah
1) Sejarah (SM) - USM / UTM
2) Pra-Sekolah (SR) - IPGK
3) Bahasa Melayu (SJKC) - IPGK
4) Bahasa Inggeris (SJKC) - IPGK
5) Pendidikan Khas (SM) - USM / UTM
6) Pendidikan Khas (SR) - IPGK


Pelaksanaan Kursus
- Pendaftaran (20/9)
- Luar Kampus (20/9 - 31/10)
- Bersemuka (3/11 - 5/12)


Maklumat Lain
Perbelanjaan kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh KPM. Peserta akan disediakan penginapan dan makan minum oleh IPTA / IPGK yang melaksanakan kursus. Tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan Jabatan masing-masing menggunakan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

Tuesday, July 15, 2014

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan melalui UPU kemasukan ke Politeknik Konvesional, Politeknik METrO dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang merangkumi Kolej Komuniti, IKBN, JMTI, ILP, ADTEC, IKM, KKTM, CIAST bagi sesi akademik 2014/2015 telah boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 16 Mei 2014.

Semakan Keputusan Melalui UPU

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui;
  • Menghubungi talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777.
  • Di empat saluran berikut:
  • Secara SMS dengan menaip UPU POLIILKA [No.Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888


Pemilihan UPU

Secara ringkasnya pemilihan oleh UPU dan menentukan seseorang calon untuk berjaya atau tidak mendapat tawaran adalah;
  • Pilihan program pengajian yang dipohon (Kompetitif @ Tidak Kompetitif);
  • Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA  bagi program berkenaan;
  • Persaingan dari segi markah merit. Pemohon yang mendapat markah merit lebih tinggi akan dapat dulu.

IPTA dan Politeknik Premier

Keputusan Permohonan ke Program Pengajian DIPLOMA IPTA dan Politeknik Premier telah diumumkan pada 10 Mei 2014 yang lalu.

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA dalam tempoh tujuh hari iaitu sebelum atau pada 23 Mei 2014 ini.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA.

Surat Tawaran

  • Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA . Sila rujuk Senarai IPTA.
  • Surat tawaran tersebut boleh dicetak mulai 11 Mei 2014. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi di dalam surat tawaran tersebut.

Pendaftaran

  • Mereka yang menerima tawaran perlu hadir ke pendaftaran pelajar baru di Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA pada tarikh yang telah ditetapkan. Kegagalan hadir pada tarikh tersebut akan dianggap telah menolak tawaran.
  • Dasar KPM tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA atau antara Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
  • Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Bantuan Kewangan

Rayuan UPU

  • Permohonan e-Rayuan hanya akan dibuka mulai 16 Mei 2014.
  • e-Rayuan boleh dibuat di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.
  • Calon yang gagal mendapat tawaran ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tingkatan Enam adalah dinasihatkan agar mendaftar ke program berkenaan kerana tawaran ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA adalah terhad.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 26 Mei 2014.
  • Dasar pemilihan kes rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA empat minggu selepas tarikh pendaftaran Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA , maka rayuan mereka dianggap gagal.

Peringatan

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi dan Bahagian Pengurusan kemasukan Pelajar (UPU) menasihatkan pelajar-pelajar agar berwaspada dengan sindiket penipuan yang melibatkan sebarang bayaran wang tunai bagi kemasukan ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA.

Khidmat Runding Cara

  • Bahagian Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA di bangunan KPM di Putrajaya.
  • Kaunter khidmat runding cara ini dibuka mulai 12 Mei hingga 26 Mei 2014 pukul 9.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat).

Maklumat

  • Maklumat di atas sebagai panduan umum sahaja. Sila rujuk laman web rasmi BPKP (UPU) dan  Facebook UPU.
  • Sebarang pertanyaan yang berkaitan keputusan permohonan ini boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8870 6767 atau 03 8870 6777 atau 03 8870 6755/6766 atau 03 8870 6778 atau faks 03-8870 6864 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada Politeknik Konvensional, Politeknik METrO, Kolej Komuniti & ILKA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.



Permohonan adalah kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi, KPM.







SYARAT-SYARAT:
1. PPP (Guru atau pegawai di bawah KPM ) Gred DG44 sahaja
2. Telah mengajar subjek pengkhususan 3 tahun berturut
3. Prestasi (LNPT) melebihi 85% bagi 3 tahun terkini berturut-turut
4. Bebas tindakan tatatertib/SPRM/pinjaman tegar
5. Diperakui oleh Ketua Jabatan/Guru Besar atau Pengetua Sekolah


SUBJEK PENGKHUSUSAN:

Ekonomi (Kolej Matrikulasi Perlis)
Bahasa Inggeris (Kolej Matrikulasi Kelantan)
Sains Komputer (Kolej Matrikulasi Labuan)
Kokurikulum (Kolej Matrikulasi Labuan/Kolej Matrikulasi Teknikal Johor)
Kejuruteraan Awam/Elektrik/Mekanikal (Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah/Pahang/Johor)


Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah Bahagian Matrikulasi, KPM,
Aras 6-7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 15 OGOS 2014.


Untuk pertanyaan lanjut:
03-88844072/4074/4008/4105
Pn. Norazlin bt. Mokhli/Pn. Norshahida bt. Md Nayan

En. Mustafa Kamil b. Sulaiman/En. Mohamad Amin b. Osman

Muat Turun

Muat Turun
LAMPIRAN B- BORANG PERMOHONAN PENSYARAH KM
LAMPIRAN C

Monday, July 14, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN TIGA (3) 2013 BAGI PROGRAM KOLABORATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) AMBILAN OGOS 2014




14 July 2014
Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN TIGA (3) 2013 BAGI PROGRAM KOLABORATIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) AMBILAN OGOS 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. bermula 


Tarikh :14 Julai 2014   (12.01am) sehingga 3 Ogos 2014 (11.59pm). 

Untuk maklumat lanjut sila klik  disini

Wednesday, July 9, 2014

Semakan keputusan result STPM Penggal 2 atau Semester 2 tahun 2014 secara online. Menerusi makluman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan keputusan STPM Penggal 2 boleh disemak mulai isnin 14 Julai 2014 sehingga 13 Oktober 2014. Semakan juga boleh dibuat menerusi atas talian dan sistem pesanan ringkas (SMS).


Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2014 Online
Tarikh Semakan: Mulai 14 Julai 2014





sumber
Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com