Monday, February 24, 2014

Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh pada Isnin.
Beliau berkata kementerian akan mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.

"Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai keluhan pelbagai pihak mengenai sistem itu.

Terdahulu beliau menghadiri pameran kejayaan penyelidikan universiti-universiti Siri 1: Penerbitan di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Bangunan IPPP, Universiti Malaya, di sini.
Pada Ahad, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilaporkan berkata guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Menurut Khair, pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan.

Mengenai acara pada Isnin, Idris berkata lima universiti penyelidikan di negara ini telah mencapai kejayaan memberangsangkan dari segi aktiviti dan output penyelidikan, Beliau berkata dari 2008 sehingga 2012, Malaysia berjaya mengatasi negara jiran, termasuk Thailand dan Singapura dari segi penerbitan dan kertas ilmiah.

"Kita yakin melalui produk bermutu dihasilkan (melalui penyelidikan), ia mampu menjadi produk komersial," katanya. Lima universiti berstatus universiti penyelidikan adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Idris berkata pameran yang diadakan bertujuan membuktikan pencapaian diraih lima universiti penyelidikan ini dalam menghasilkan ciptaan dan inovasi membanggakan.

Acara ini akan dianjur secara bergilir oleh setiap universiti penyelidikan dengan penekanan berbeza untuk setiap acara, dan acara pertama ini memberi penekanan kepada penerbitan dan kertas ilmiah. - BERNAMA

Sunday, February 23, 2014

Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. 
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan. 
 "Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru. 


“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya. 

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. 



“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat. 
 “Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya. 

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM. 

“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan. 
 “Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya. 

Sumber 
Sumber 

p/s: Tentu ramai yang bersorak gembira....

Thursday, February 20, 2014





As-Salam dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat Ambilan Kedua Tahun 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (menu Aplikasi Berkala)  bermula hari ini 24 Februari 2014 (Isnin).

sila klik disini untuk semak
Harap maklum.
Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui laman webnya telah menyiarkan satu pautan kepada e-book boleh DOWNLOAD dengan tajuk "Buku Pentaksiran KBAT 2014". Fail dengan saiz 106MB tersebut merupakan e-book kepada bentuk pentaksiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) yang khabarnya bakal mula akan dijalankan pada peperiksaan pada tahun ini. 

KLIK UNTUK DOWNLOAD FAIL
(106 MB)


Tidak banyak perkara yang dinyatakan dalam siaran LPM. Hanya yang disertakan adalah pautan kepada e-book ini. Maknanya kena baca sendiri lah. 

Oleh kerana unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) ini akan mula diterapkan dalam bentuk-bentuk soalan peperiksaan bermula tahun ini. Maka saya sangat mencadangkan agar rakan guru, ibu bapa yang prihatin dan juga para pelajar yang disayangi untuk download dan baca e-book ini. InshaAllah membantu anda untuk memahami bentuk soalan yang bakal ditanyakan kemudian hari nanti.

Saya nyatakan serba sedikit mengenai e-Book Buku Pentaksiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) 2014 ini.
e-Book ini mengandungi 3 bab dengan 177 muka surat untuk dibaca. Bab 1 lebih memfokuskan kepada maksud dan definisi kepada perkataan dan istilah-istilah baru yang digunakan dan dimaksudkan. Bab 2 rasanya lebih penting dengan mengandungi panduan menulis item (soalan KBAT) dan juga untuk menilai dengan rubrik pemarkahan yang sesuai. Manakala bab akhir pula hanyalah mengandungi aktiviti untuk menguji kefahaman pembaca kepada KBAT.
 

Bab 1 : Pentaksiran
Konsep pentaksiran, ciri pentaksiran, kesahan dan kebolehpercayaan, konstruk, konteks, aras kesukaran, kata tugas, respons murid, item, peraturan pemarkahan

 
Bab 2 : Penulisan Item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Penulisan item, piawaian penulis item, idea penulisan item, definisi kemahiran berfikir aras tinggi, konsep item mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi, ciri item kemahiran berfikir aras tinggi, prinsip pembinaan dan penilaian item KBAT, contoh item


Bab 3 : Aktiviti Pengukuhan
Bab ini ,engandungi beberapa contoh soalan daripada pelbagai subjek. Guru diberi peluang untuk cuba menentukan konstruk, konteks, aras kesukaran, dan kategori item sama ada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 


Jom ramai-ramai kita download dan baca sama-sama!

Sistem aplikasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bentuk baru selepas melalui proses penambahbaikan akan meringankan beban dan tugas guru di sekolah, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. 

Katanya, sistem itu sedang melalui proses kajian dan penambahbaikan yang dijangka selesai antara dua hingga tiga minggu lagi sebelum dapat dilaksanakan semula. 


"Merujuk kepada respons yang kita terima, banyak yang menyatakan bahawa ia membebankan tugas guru selain ada isu-isu tentang teknologi maklumat (ICT) (dari segi) perhubungan dan capaian. 
"Semua perkara ini sedang dilihat secara menyeluruh dan kajian yang dilakukan mengambil kira pendapat dan pandangan semua pihak," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan wacana pada majlis Siri Wacana Fikrah Ummah: Ulul Albab dalam Pembangunan Pendidikan Negara, di sini, hari ini. 

Beliau diminta mengulas mengenai kajian PBS selepas pelaksanaannya di sekolah ditangguhkan bagi kajian semula seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.  
Idris berkata, PBS adalah satu sistem yang amat baik namun menghadapi kesulitan dari segi pelaksanaannya sahaja yang perlu ditambahbaik. 


Dalam pada itu, beliau berkata kementerian telah melaksanakan program pendidikan Ulul Albab di tiga buah sekolah menengah iaitu di Pahang, Kedah dan Kuala Lumpur pada tahun ini.

Katanya, sekolah-sekolah tersebut kini telah mengguna pakai model pembelajaran Ulul Albab yang mengintegrasikan pendidikan sedia ada iaitu sains tulen dengan program aliran agama termasuk tahfiz Al-Quran. 
"Ini model yang digunakan di sekolah-sekolah Imtiaz di Terengganu sejak tahun 1999 dan dikembangkan di Maktab Rendah Sains Mara pada 2009 yang memberi fokus kepada pembangunan akademik dan rohani selain meningkatkan pemikiran aras tinggi para pelajar," katanya. 

Katanya, kerajaan berharap dapat menerapkan model itu di sebuah sekolah di setiap negeri pada tahun hadapan bagi memberi peluang lebih ramai palajar mendapat manfaat daripada model itu. 

Wednesday, February 19, 2014

Terdapat beberapa kekosongan untuk sebuah anak syarikat Mara. Bagi yang layak sila rujuk maklumat yang disediakan dibawah :

Syarat Permohonan :

Syarat lantikan Penolong Eksekutif (Kewangan)
Calon bagi lantikan mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) Berpengalaman dalam bidang (kewangan) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
c) Diploma dalam bidang perdagangan, perakaunan, pengajian perniagaan atau
Ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
atau
f) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi  Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
atau
g) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. dan
h) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan

Syarat Lantikan Penolong Eksekutif (Pustakawan/IT)

Warganegara Malaysia
a) Berpengalaman dalam bidang (perpustakaan) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
b) Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pengajian Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada UiTM (Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat atau Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksana secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pendokumentasian dan pengurusan maklumat penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan, menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan kewangan dan penyeliaan, melaksanakan pemeliharaan dan keselamatan sumber maklumat dan aplikasi ICT di perpustakaan.

Syarat Lantikan Juruteknik

a) Warganegara Malaysia
b) Berpengalaman dalam bidang (teknikal) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
c) sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
d) sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Lantikan Eksekutif Pemasaran

1) Warganegara Malaysia.
2) Berkelulusan Ijazah / Diploma dalam bidang Pemasaran atau Pentadbiran Perniagaan atau mana – mana bidang daripada mana – mana institusi pendidikan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.
3) Mempunyai pengalaman sekurang – kurangnya 1 tahun di dalam bidang pemasaran perniagaan.
4) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
5) Berperwatakan menarik dan mempunyai skil perhubungan awam yang baik.
6) Sihat tubuh badan dan mampu bekerja di luar daerah dan lebih masa.

Syarat lantikan Penolong Eksekutif (Pentadbiran)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) warganegara Malaysia;
b) Berpengalaman dalam bidang (pentadbiran) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
c) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
d) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau
e) Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
f) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Pembantu Operasi

a) Warganegara Malaysia
b) Berpengalaman dalam bidang berkaitan (pengurusan) sekurang-kurangnya satu (1) tahun
c) Sijil atau Diploma Pengurusan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Diploma Pengurusan Perniagaan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
e) Bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
f) Berpengetahuan menggunakan perisian Microsoft Words, Excel, Power Point, Open Office dan yang berkaitan dengan baik
g) Mempunyai lessen memandu B2, D

Sumber : Laman Rasmi Mara

Maklumat ini sebagai peringatan kepada sesiapa yang berkaitan yang masih lagi belum memohon UiTM bolehlah berbuat demikian sebelum 31 Mac 2014 ini. Permohonan ini adalah bagi kemasukan sesi akademik 1 tahun 2014/ 2015.

Permohonan juga ialah bagi Program Sarjana Muda/ Penerapan/ Profesional/ PLK/ SS. Permohonan dibuka secara online mulai 13 Januari lepas sehingga 31 Mac 2014. Untuk membuat permohonan atau mendapatkan maklumat lanjut sila ke http://www.online.uitm.edu.my/ dan gunakan pilihan pautan sebelah kanan atas untuk semak atau memohon nanti.

Sukacita dimaklumkan bahawa PTPTN akan menganjurkan Promosi PTPTN Dekat Di Hati Bersama Bank Rakyatdalam usaha untuk mempromosikan SSPN-i  di samping menggalakkan lebih banyak pembukaan akaun dan penambahan deposit SSPN-i  di kalangan orang ramai.


Promosi ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh            :           19 dan 20 Februari 2014 (Rabu dan Khamis)
Masa             :           9.00 Pagi – 4.30 Petang
Untuk makluman, kempen ini akan diadakan di 13 cawangan Bank Rakyat yang terpilih. Maklumat berkenaan dengan Cawangan Bank Rakyat yang terlibat boleh diperoleh di http://www.ptptn.gov.my/web/guest/promosi-ptptn.
Cenderahati turut disediakan bagi setiap pembukaan akaun atau penambahan deposit SSPN-i (selagi stok masih ada). 

Monday, February 17, 2014

Mulai tahun 2014, murid-murid, guru-guru dan ibu bapa boleh mengekses buku teks digital secara online di laman 1BestariNet.net. Terdapat 313 judul buku teks digital disediakan merangkumi buku teks sekolah rendah dan buku teks sekolah menengah. 


Majlis pelancaran Buku Teks Digital KPM telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan II pada 7 Februari 2014 di Petaling Jaya.

Berikut adalah langkah untuk mengakses buku teks digital

Langkah pertama: Log masuk VLE sekolah



Setiap sekolah mempunyai VLE masing-masing kecuali beberapa sekolah tertentu yang masih dalam proses. Jika anda tidak tahu alamat/URL bagi VLE sekolah anda, anda boleh dapatkan di laman web 1bestarinet.net. Log masuk VLE sekolah menggunakan ID Yes. ID Yes boleh diperoleh daripada guru yang bertanggungjawab sebagai Coordinator/admin.

Langkah kedua: Klik menu 'Quick Lunch'



Setelah anda log masuk ke VLE, klik  link ' Quick Lunch' . seperti gambar di atas. Link ini terdapat di penjuru atas sebelas kanan. Dalam Bahasa Melayu 'Quick Lunch' adalah 'Pelancar Pantas'

Langkah ketiga: Klik menu 'Frogstore'





Setelah anda klik 'Quick Lunch' akan keluar satu senarai pilihan menu. Anda perlu memilih menu 'Frogstore' seperti dalam gambar di atas.


Langkah ke-empat: Klik menu 'books'





Di dalam Frogstore anda perlu memilih menu books seperti gambar di atas. Kemudian, sila cari buku teks digital yang anda kehendaki berdasarkan subjek dan level. Contohnya:

Subject: Sains    Level: Secondary

Anda boleh add seberapa banyak buku yang ada suka.


Langkah ke-lima: Add pilihan buku digital





Anda perlu add buku digital yang anda kehendaki seperti. Buku yang telah ditambahkan/addakan dimasukkan ke dalam bookshelf @ rak buku anda secara automatik.

Gambar di bawah menunjukkan contoh rak buku saya dalam VLE.




Untuk melihat rak buku, anda hanya perlu klik 'Quick Lunch' dan seterusnya pilih menu 'bookshelf' 


Langkah ke-enam: Menggunakan buku




Apabila anda hendak menggunakan buku digital yang telah di-add, anda hanya perlu klik buku tersebut di bookshelf @ rak buku. Kemudian anda boleh gunakan buku tersebut


Selamat mencuba.

Semakan keputusan peperiksaan STPM Penggal 1 tahun 2014 secara online. Menerusi laman rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia, calon yang telah menduduki peperiksaan STPM penggal 1 2014 boleh membuat semakan keputusan mulai 17 Februari 2014. Semakan secara online akan dibuka bermula pada jam 10.00 pagi.




Semakan Keputusan STPM Penggal 1 2014 Online
Tarikh: 17 Februari 2014

Sistem Buku Teks Digital menerusi 1Bestari.Net Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara online. Kementerian Pendidikan telahmelancarkan buku teks digital bagi menggantikan buku teks bercetak secara berperingkat seperti dirancang dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Penggunaan buku teks digital yang mengandungi teks dan grafik itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap di semua sekolah bermula tahun ini.


Cara Akses Sistem Buku Teks Digital 1Bestari.Net KPM Online
Langkah 1: Sila layari LINK DISINI 
Cari alamat sekolah anda


Langkah 2: Cari Alamat Sekolah Anda dan klik pada URL Web Adress Sekolah anda




 
Langkah 3: Login menggunakan ID Yes yang dibekalkan oleh sekolah anda




Langkah 4: Dapatkan buku teks anda secara digital






Nota Penting: Buku teks boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan pengenalan diri (ID) yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Sila berjumpa penyelaras anda:Ustz Nor Dianah Omar untuk ID anda




Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com