Thursday, March 26, 2015

Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui laman web rasmi nya telah mengeluarkan satu Surat Siaran bertajuk "Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2015 : Penangguhan Peperiksaan Pusat Amali Sains Mata Pelajaran Physics (Kod 4531), Chemistry (Kod 4541), Biology (Kod 4551), dan Additional Science (Kod 4561)Bagi Peperiksaan SPM 2015".

Antara kandungan surat siaran tersebut adalah menyatakan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri telah memutuskan peperiksaan pusat amali sains yang dijadualkan pada tahun 2015, akan ditangguhkan pelaksanaannya pada tahun 2016.

Justeru itu, untuk tahun ini format peperiksaan bagi subjek yang dinyatakan diteruskan dengan adanya Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3 yang masih dikekalkan format seperti tahun sebelumnya.

Untuk maklumat lanjut dalam Surat Siaran, sila download di SINI.

Monday, March 9, 2015

Semakan keputusan tawaran Matrikulasi sesi akademik 2015/ 2016 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan tawaran ke Matrikulasi akan diumumkan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan SPM 2014 diumumkan keluar. Seperti sedia maklum, result SPM 2014 telah pun diumumkan keluar pada 4 Mac 2015 lalu. Oleh itu, tawaran matrikulasi akan diumumkan keluar pada minggu kedua bulan April 2015.



Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
Semakan tawaran ke Matrikulasi sesi 2015/ 2016 akan diumumkan keluar pada minggu kedua bulan April 2015.
Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online
Sila layari http://www.moe.gov.my mulai minggu kedua bulan April 2015
Semakan Guna SMS Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

credit:melvister.com

Semakan keputusan tawaran Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2015 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan tawaran ke Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Sesi Jun 2015 bagi lepasan SPM dan Setaraf akan diumumkan keluar pada 29 Mei 2015. Turut dimaklumkan juga bahawa calon yang layak perlu menduduki temuduga dan ujian kelayakan calon guru (UKCG) sebelum berjaya ditawarkan ke maktab perguruan sesi Jun 2015.


Semakan Keputusan Maktab Perguruan PPISMP 2015 Online
Sila layari http://www.moe.gov.my
Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015
  • 23 hingga 29 Mac 2015
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2015
  • 30 Mac hingga 3 April 2015
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2015
  • 29 Mei 2015
Tarikh Penting Permohonan Maktab Perguruan 2015


credit:melvister.com

Friday, March 6, 2015


                  
 Bagi calon SPM 2014 dan STPM 2014 yang mendapat keputusan yang cemerlang, serta menepati beberapa kriteria lain, anda adalah amat digalakkan untuk memohon Biasiswa Peneraju Tunas Potensi 2015. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup dan sokongan pembangunan insaniah. 

Syarat Kelayakan


Untuk memohon, sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) seperti yang berikut:

1. Bumiputera Warganegara Malaysia (lepasan SPM/STPM 2014)

2. Keputusan peperiksaan: 

SPM 2014 - Minima (mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, gred C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)
           Atau
STPM 2014 - Minima (mendapat minima 5A bagi SPM 2012 dengan sekurang-kurangnya gred B bagi subjek Matematik, C+ bagi subjek Bahasa Inggeris dan gred C bagi subjek Sejarah)

3. Pendapatan isi rumah  tidak melebihi RM 4, 000 sebulan

4. Aktif dalam ko-kurikulum dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi


Permohonan

Permohonan akan ditutup pada 15 Mac 2015 pada pukul 12 tengah malam. Yang berminat untuk memohon, boleh klik butang DAFTAR



Bagi yang berjaya terpilih untuk sesi temuduga, pastikan anda membawa dokumen lengkap, iaitu salinan yang telah disahkan; kad pengenalan dan sijil lahir calon, adik beradik serta ibubapa, bukti pendapatan ibubapa, salinan keputusan SPM 2014, salinan sijil penceraian / kematian, kad OKU. Jangan lupa juga bawa yang asal bagi tujuan pengesahan oleh pegawai bertanggungjawab.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat terus Iklan Peneraju Tunas Potensi


Semoga berjaya!



credit to cikgu hailmi








Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com