Monday, June 30, 2014


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2015/2016  telah dibuka mulai 1 Julai 2014 sehingga 10 Oktober 2014. 

Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. 


Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 


atau 

layari laman  sesawang http://www.moe.gov.my 

atau

http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/

Monday, June 23, 2014


Saya kongsikan contoh soalan instrumen bagi PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang akan mula digunapakai pada tahun 2014. 

Terdiri daripada 15 subjek, seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, KHB dan subjek bahasa lain.


Boleh download contoh soalan dengan klik link di bawah

CONTOH SOALAN INSTRUMEN PT3
4shared

[9.9mb]


Secara ringkasnya, boleh dikatakan ada perubahan pada bentuk format soalan pada tahun ini untuk subjek yang masih mengekalkan Ujian Bertulis.

Soalan banyak menerapkan konsep KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), dengan style soalan panjang-panjang dan mengaitkan dengan kehidupan seharian. Pelajar perlu, memahami pernyataan, menganalisa dan kemudian baru memberikan jawapan yang sesuai.

Jawapan boleh jadi lebih daripada satu, tetapi perlu disokong dengan alasan yang munasabah dan bersesuaian dengan maklumat yang diberi dalam soalan.

InshaAllah, ada kesempatan saya akan cuba kongsikan petua dan tips menjawab soalan berbentuk seperti ini. Guru-guru yang ada tips juga boleh kongsikan tips dan petua anda di bawah. Nanti saya compile kan dalam satu entri khas. Kalau ada bahan nak dishare, boleh emel ke miecaprio@yahoo.com . Terima kasih!


Untuk pelajar, Selamat Maju Jaya!

Thursday, June 19, 2014

Permohonan biasiswa kecil BKPU Tingkatan 6 Rendah tahun 2014. Menerusi makluman rasmi KPM, permohonan biasiswa kelas persediaan Universiti (BKPU) akan dibuka mulai 30 Jun 2014 sehingga 6 Julai 2014.  Sehubungan itu, pihak sekolah boleh menyemak nama murid yang layak di laman sesawanghttp://apb.moe.gov.my  mulai 23 Jun 2014 hingga 29 Jun 2014. Sekiranya nama murid yang layak memohon tidak dipaparkan , sila rujuk dengan guru APDM kelas berkenaan supaya mendaftarkan murid berkenaan di dalam APDM dan mengemaskini maklumat pendapatan ibubapa/penjaga.

Permohonan Biasiswa Kecil BKPU Tingkatan 6 Rendah 2014
Sila layari applikasi http://apb.moe.gov.my/
Semakan Senarai Nama Pelajar Layak BKPU
23 Jun 2014 sehingga 29 Jun 2014
Tempoh Permohonan
30 Jun 2014 sehingga 6 Julai 2014


Sumber:

Wednesday, June 18, 2014

adual waktu sesi persekolahan pada bulan puasa atau ramadhan tahun 2014 KPM. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling rasmi mengenai waktu persekolahan disepanjang bulan puasa akan yang akan tiba mulai 29 Jun 2014. Berikut adalah kenyataan rasmi KPM berhubung waktu persekolahan bulan Ramadhan 2014 bersamaan 1435 Hijrah.

Pekeliling KPM Waktu Persekolahan Pada Bulan Ramadan Tahun 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan membenarkan sekolah-sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan jam 5.00 petang bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan sepanjang bulan Ramadan ini (29 Jun 2014 hingga 27 Julai 2014).


sumber: 

Monday, June 16, 2014








 Sukacita dimaklumkan bahawa 
A} SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2014 boleh dibuat di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia,


 Bermula 18 Jun 2014 (Rabu) sehingga 1 Julai 2014 (Selasa).

Sekian, terima kasih

B} SEMAKAN TAWARAN PROGRAM GURU TAJAAN KPM AMBILAN 2014 (PPISMP/PPC LULUSAN SPM, SMA/SMU DAN UEC)
17 June 2014
Semakan Tawaran Program Guru Tajaan KPM Ambilan 2014 (PPISMP/PPC Lulusan SPM, SMA/SMU dan UEC) boleh dibuat mulai 17 Jun 2014 melalui saluran berikut:
Melalui Laman Web KPM : KLIK DI SINI
Atau;
Semakan SMS : MOE <jarak> PCG <jarak> NOKP dan hantar ke 15888
Tarikh Mula Semakan Tarikh Calon Guru : 17 Jun 2014
Tarikh Pendaftaran : 25 Jun 2014

Sekian, terima kasih.


Borang permohonan guru Tabika/ Taska KEMAS sesi 2014 secara online. Program mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak di Tabika Kemas kini dibuka mulai 16 Jun 2014 sehingga 27 Jun 2014. Berikut adalah maklumat penting mengenai permohonan guru Tabika KEMAS bagi tahun 2014.


Syarat Kelayakan Guru Tabika/ Taska KEMAS 2014
  • Berumuar antara 21 – 35 TAHUN
  • Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini
  • Hanya calon yang telah menamatkan pengajian diperingkat diploma dan telah bergraduasi
    (a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak);
  • (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Borang Permohonan Guru Tabika Taska KEMAS 2014 Online
1, Sila Download borang permohonan tabika kemas dibawah dengan memuat turut ketiga-tiga muka surat dibawah:
(Nota: Borang perlulah dicetak dan butiran/ maklumat di isi dengan lengkap)
2. Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan. Alamat PEJABAT KEMAS NEGERI adalah seperti berikut: Senarai Alamat Pejabat KEMAS Setiap Negeri
3. Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan
4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan
Lokasi Dan Tempoh Kursus Tabika KEMAS
Maklumat Asas : Kursus sepenuh masa
Tempat : INSTITUT / PUSAT LATIHAN KEMAS
Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
Keputusan Temuduga Guru Tabika Taska KEMAS 2015
Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas empat (4) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.
Tarikh Tutup Permohonan
27 Jun 2014


Sumber: 

Permohonan kemasukan UITM sesi 2 ambilan November 2014 bagi lepasan SPM secara online. 

Menerusi makluman rasmi bahagian unit kemasukan UITM, permohonan ambilan kedua bagi lepasan SPM akan dibuka mulai 30 Jun 2014. 

Calon yang berjaya terpilih akan mengikuti  pengajian sesi November 2014.


Sila layari http://online.uitm.edu.my/ mulai 30 Jun 2014.

Sumber: melvister.com





Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com