Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia telah pun dikreditkan ke akaun sekolah masing-masing. Pihak pentadbiran sekolah boleh buat semakan kepada akaun sekolah. KPM telah memaklumkan perkara tersebut melalui pengumuman di laman webnya yang bertarikh 14 Januari 2014. Diharapkan ibu bapa juga bersedia untuk dipanggil oleh pihak sekolah pada bila-bila masa bagi menerima wang bantuan tersebut. Bagi sesetengah sekolah, mungkin akan diadakan majlis khas, seperti sekolah saya pada tahun lepas. Sekalipun nilai wang tersebut agak kecil bagi sesetengah orang, namun bagi golongan yang kurang berkemampuan, wang RM100 tersebut dapat digunakan bagi banyak keperluan. Gunakan lah bagi tujuan kebajikan dan untuk pendidikan anak-anak. InshaAllah satu pelaburan jangka masa panjang yang akan menyenangkan suatu hari nanti. Semoga semua beroleh manfaat. SMK Kudat akan mengadakan pembahagian tersebut pada esok hari 29hb, ini melibatkan dua sesi, sesi pagi dan sesi petang.
ANUGERAH APC
Anugerah APC disempurnakan Datuk Mary Yap Timbalan Menteri Pendidikan...tahniah Ust. Azlan
TAHNIAH SMK KUDAT
Tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat kerana menjadi Johan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Negeri Sabah 2013 Ketegori Sekolah Menengah Luar Bandar.
IPTA STUDENT
Tahniah kepada pljar Smk Kudat yang berjaya ke IPTA tahun ini ( ums,umskal,upm,usm ,upsi dan ukm....tahniah Erra Sierra Dayang Rashida Mohd Salleh , michele, farina , Zahrah Serkhan jairdayatie, fhreshlyn matin, lisdayati, hartini ,abdul fattah, mohd jufri, khairuddin, nurcahaya, roslia anupi,farah zulaikha.