Thursday, February 13, 2014

Permohonan kemasukan UITM sesi akademik 2014/ 2015 secara online. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon bumiputera warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi sesi akademik 1 2014/ 2015.


Cara Permohonan UITM 2014/ 2015

1. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 13 Januari 2014 (Isnin) hingga 31 Mac 2014 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 13 Januari 2014 (Isnin) adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
2. Sila layari http://www.online.uitm.edu.my/ untuk borang permohonan.
Syarat Kemasukan UITM

● Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
● Bumiputera Warganegara Malaysia
● Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
● Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
● Pelajar-pelajar yang sedang belajar dimana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM


0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com