Monday, March 31, 2014

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa, bermula sesi 2014/2015, pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Maghribi) perlu membuat permohonan secara atas talian diapp.moe.gov.my/timurtengah.
  1. Permohonan atas talian akan dibuka pada 01 April 2014 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 16 Mei 2014 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi selewat-lewatnya 30 Mei 2014 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  1. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Maghribi bagi bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Pengajian Islam HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen dihantar ke KPM. KPM tidak melantik mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah.
  1. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah dirujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6611/6627.

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya


0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com