Monday, March 10, 2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.        Sukacita dimaklumkan bahawa PTPTN mewujudkan kolaborasi strategik bersama KPM melalui ProgramSahabat PTPTN Di Hati. Pelbagai tawaran istimewa dan cenderahati menarik menanti warga KPM.
3.       Sehubungan itu, warga SPT, KPM dijemput hadir ke sesi taklimat dan Kaunter Promosi Sahabat PTPTN Di Hati seperti ketetapan berikut:

          SESI TAKLIMAT
Tarikh        :       12 dan 13 Mac 2014 (Rabu & Khamis)
Masa           :       9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat       :       Dewan Jamuan, Aras 1, SPT, KPM

          KAUNTER PROMOSI
Tarikh         :       12 hingga 14 Mac 2014 (Rabu - Jumaat)
Masa            :       9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat       :         Lobi, SPT, KPM
                                                                                             
4.       Warga SPT, KPM yang bercadang membuka akaun SSPN-i perlu membawa bersama dokumen seperti berikut:
  1. Salinan MyKad Pemohon;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid/ MyKad Anak;
  3. Surat Akuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).

0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com