Wednesday, March 12, 2014

Kami ada banyak menerima pertanyaan bagaimana memohon PPISMP atau dahulunya PISMP. Sebenarnya dalam iklan permohonan ada menerangkan cara memohon PISMP ini, dalam Iklan penuh memaklumkan permohonan boleh dibuat di laman rasmi KPM.
Mungkin ada pelajar yang masih tercari-cari bagaimana untuk membuat dan memulakan permohonan. Untuk itu maklumat dibawah mungkin dapat membantu sedikit sebanyak.
Langkah 1
Langkah 2
Paparan yang keluar ada 3 jenis permohonan, klik pada (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014 ) jika anda ingin memohon.
Langkah 3
Paparan untuk memohon terdapat pada sebelah kanan atas iaitu pada bulatan biru pada rajah. Sekiranya anda belum mendaftar perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan klik daftar baru seperti di bulatan hijau seperti gambarajah dibawah.


Langkah 4
Satu paparan akan muncul seperti di bulatan biru pada rajah, sila masukkan no kad pengenalan masing-masing untuk tapisan kelayakan.


Anda akan dibawa ke paparan permohonan selanjutnya sekiranya anda layak untuk memohon berdasarkan umur permohonan.
Diharapkan sedikit info ini dapat membantu dalam permohonan PPISMP anda. Selamat Berjaya.

by : smk kudat


0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com