Tuesday, March 4, 2014


Borang pendaftaran murid tahun 1 negeri Selangor sesi 2015/ 2016 secara online. Ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 – 2016. Sistem permohonan telah pun dibuka mulai 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2015/ 2016 Online

Panduan Permohonan Murid Tahun 1 secara Online
1. Permohonan menerusi laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor  http://apps.moe.gov.my/esppsel
2. Ibu bapa atau Penjaga yang anaknya memenuhi syarat-syarat pendftaran tahun satu boleh membuat permohonan secara online. Sila baca Tatacara dan Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Kesilapan mengisi no mykid dan tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.
3. Setelah melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan disahkan oleh pihak sekolah
4. Mulakan proses permohonan melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu  pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status Orang Kelainan Upaya (OKU)  Semakan nama sekolah dan di daerah mana sekolah dipohon  berada,  boleh dirujuk dengan menuliskan nama sekolah pada Direktori Sekolah melalui  pautan berikut:http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php
5. Sila masukkan data Maklumat Pemohon dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan  Tarikh Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang  maklumat lain yang diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila  semak semua maklumat yang  dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan cetakan borang.
6. Sistem akan menggunakan no Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap.  No Pin diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.
7. Pemohon hanya perlu menghantar satu (1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan  pindaan/ kemaskini maklumat untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat pindaan seterusnya.
8. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
9. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
10. Pemohon yang kehilangan No Pin atau menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk kepada sekolah yang dipohon atau menghubungi meja bantuan eSPPSel melalui telefon atau email jabatan kami. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak ketika membuat urusan tersebut.



by : smk kudat




0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com