Tuesday, August 12, 2014


Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2014/2015 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini 12 Ogos 2014.

Semakan Keputusan

Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA yang berkenaan.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan atau sila rujuk Senarai IPTA.

Program Yang Ditawarkan

Terdapat calon berjaya ditawarkan program yang dipilih dalam 12 pilihan mereka. Namun, terdapat juga yang mendapat tawaran di luar pilihan. Jaya atau gagal tertakluk kepada 3 perkara utama:
  1. Pilihan program pengajian yang anda minta (Kompetitif @ Tidak Kompetitif).
  2. Kekosongan atau berapa banyak tempat disediakan oleh IPTA bagi program berkenaan.
  3. Persaingan dari segi markah merit. Mereka yang mempunyai markah merit lebih tinggi akan dapat dulu.
Semua urusan pertukaran program pengajian di IPTA adalah secara dalaman sahaja berdasarkan pertimbangan dan budi bicara IPTA.

Permohonan Rayuan

  • Mereka yang ingin membuat rayuan disaran untuk memastikan kelulusan benar-benar memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Bagi membuat semakan sila rujuk di Semakan Syarat Khas Kemasukan Program IPTA.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Permohonan rayuan ke IPTA ini dibuka mulai 12 Ogos sehingga 22 Ogos 2014 di Aplikasi Rayuan UPU.
  • Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA Bagi Calon Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2014/2015 akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan September 2014.
  • Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA selepas pendaftaran pelajar baharu. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2014, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

Keputusan Permohonan Ke USM

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan keputusan permohonan ini sila hubungi pihak UPU di talian Hotline 03 8870 6767, Helpline 03 8870 6777, Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my
  • Pertanyaan boleh juga dikemukakan terus kepada IPTA yang berkenaan, sila rujuk Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.


sumber:

0 comments:

Post a Comment

Design by MAZANI | Blogger Theme by MAZANI - Premium Blogger | SMK_Kudat.com